Thursday, June 11, 2009

Pantun Jasa Dikenang















Anak ayam anak itik

Bermain-main di tepi kolah
Berkasih sayang adik beradik
Mendapat rahmat disayang Allah


Nampak makanan jangan diterpa
Nanti termakan cili dan cuka
Pandailah menghormati ibu dan bapa
Doakan mereka masuk ke syurga

Hujan menderu di waktu malam
Baju biru di tepi tiang
Hormatlah guru berilah salam
Jasa gurumu mestilah dikenang

Baik baik berbahasa
Biarlah memikat hati
Bahasa buruk dicerca
Nanti engkau di keji

Bahasa itu indah
Ia kunci ilmu
Yang lemah menjadi gagah
Melindungimu selalu



Minggu Bahasa IIC (3-15 Ogos 1997)

Followers

About Me

My photo
Married to Muhamad Farhan..